About Me

My photo
pahang, Malaysia
"Generasi Wanita Prihatin~Prihatin Berilmu"

Sunday, August 9, 2009

PERGINYA SEORANG SAHABAT

Sahabat...

Pertama kali mengenalimu aku telah dapat rasakan
Kau insan mulia dan kita bakal menjadi dua
Setiap kali bertemu ada sahaja cerita
Cerita suka, duka, politik dan persahabatan


Hadirmu sering buat kami ketawa bahagia
Raut wajahmu tak pernah lekang dengan senyuman

Masa terus berlalu dan kita erat bersatu
Bertemu di program atau ketika minum berbual

Ketika kau menetap di Kuantan
Pertemuan sering terjadi
Tetapi takdir menentukan
Kau mengikut suami tercinta pulang menetap di daerah kelahiran
Kita mula jarang bertemu
Namun itu tidak memisahkan kita

Antara kenangan yag tak mungkin aku lupakan
Kunjungan ku ke rumahmu tempohari
Aku dilayan bagai orang ternama
Terima kasih sahabat....
Tetapi bukan itu yang inginku khabarkan
Aku mahu menggambarkan betapa mulianya dirimu

Masih lagi ku ingat
Ketika kau mendapat khabar gembira
Keluargamu akan bertambah
Kau betul-betul bahagia setelah 11 tahun menanti
Kau sering mengusik ku kerana aku belum menjadi
Akhirnya 7 bulan selepas itu aku jua menerima khabar gembira
Kita bertambah bahagia

Sahabat.......
Jatuh bangun aku dalam politik
Kau antara yang kuat berdiri dibelakangku
Sering memberi semangat
Keinginan dan doamu yang ikhlas
Untuk aku mendapat tempat dalam dunia politik
Meletakkan aku di tempat sekarang
Sekali lagi terima kasih sahabat.......

Namun sabtu yang lalu(8.8.09)
Aku tidak bermaya, luluh hatiku
Aku semacam tidak percaya
Bukan aku sahaja
Efa, Tihah, Hasni, Zu, K.su dan semua rakan puteri
Merasai kehilanganmu
Tapi siapa kami untuk menolak takdir Illahi
Berita kau dan anak-anak dilanda musibah
Menggugurkan airmataku
Meruntun jiwaku

Namun sebagai hamba Allah
Aku bertenang dan terus berdoa
Agar kau aman disana

Pergimu bersama anak kecilmu
Telah ditentukanNya
Aku tahu kau terus bahagia bersama anak kecil yang kau begitu tunggu kehadirannya
Allah lebih menyayangimu
Moga rohmu dicucuri rahmat

Dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman
Kau akan terus dihati dan disayangi.....


***sajak ini dinukilan oleh KP, sekadar melahirkan rasa kehilangan yang amat sangat..Al-fatihah buat Aizam mantan AJK Puteri Indera Mahkota.

3 comments:

SweetHani82 said...

al-fatihah... walaupun adib tak rapat sgt dgn arwah.. tp arwah mmg seorang yang baik dan suke tersenyum...

Sayu Terpisah
Hikayat Indah Kini Hanya Tinggal Sejarah
Berhembus Angin Rindu
Begitu Nyamannya Terhidu Wangian Kasihmu

Hujan Lebat Mencurah Kini
Bagaikan Tiada Henti
Kaulah Laguku Kau Irama Terindah
Tak Lagi Kudengari
Kau Pergi.. Pergi..

YANG GAMBI said...

Salam,

Al Fatihah kepada mereka, semoga roh-roh mereka dicucuri rahmat dari Allah.......Amin......

pu3IM said...

memang terasa sangat....