Selamat Pagi semua..
hari ni pu3im nak share sedikit info kat pengunjung blog ni. pagi2 tadi masa nak ke tempat kerja, pu3im tengak ramai pelajar2 memakai mask.. iaitu topeng pelindung mulut. Sekarang ni kes jangkitan selsema babi ni semakin serius di kawasan kita. Oleh itu pu3im nak nasihatkan kepada adik2 Puteri, agar sentiasa berjaga2 agar tidak terkena jangkitan ini.
Bawah ni ada sedikit info yang pu3im ambil kat blog Kementerian Kesihatan Malaysia;
Situasi semasa Influenza A(H1N1) (Setakat 3 Ogos 2009, jam 8.00 pagi)
Kes - Kes Baru: 17
Kes - Kes Import: 0 Kes Jangkitan Tempatan: 17 Kes Kematian: 1
Jumlah Kes di Malaysia: 1,446 termasuk 7 kematian.
574 (40%) merupakan kes import dan 872 (60%) kes jangkitan tempatan. Daripada jumlah ini, 1,408 kes (97%) telah sembuh, hanya 29 kes atau 2% sahaja yang sedang menerima rawatan antiviral di hospital di mana 8 daripadanya berada di Unit Rawatan Rapi. Sembilan (9) orang atau 1% sedang menerima rawatan antiviral di rumah.
Daripada 8 kes yang berada di Unit Rawatan Rapi, 4 daripada mereka mempunyai faktor risiko iaitu obesiti(1), wanita hamil(1) dan imuniti rendah(2).
Bagi 17 kes sporadik, 7 dirawat di wad isolasi hospital, 1 kes dirawat di Unit Rawatan Rapi dan 9 orang menerima rawatan pesakit luar.
Sehubungan dengan itu, adik2 Puteri dinasihatkan agar sentiasa mengamalkan langkah-langkah berikut:
- Menjaga kebersihan diri seperti mencuci tangan dengan kerap setiap kali selepas batuk, bersin dan lainlain.
- Menutup mulut ketika bersin dan batuk.
- Menjauhkan diri daripada individu yang mempunyai gejala ILI.
- Mengelakkan diri daripada berada di kawasan yang sesak dengan orang ramai.
- Ibu bapa dinasihatkan agar tidak membawa anak¬anak kecil ke tempat yang sesak
>>kementerian kesihatan Malaysia<<
*pesanan pu3im~jangan nakal2, take care tau..amalkan cara hidup sihat..
0 comments:
Post a Comment