About Me
Thursday, October 1, 2009
Wednesday, September 9, 2009
Sinar Harian~Konvoi Kasih Aidilfitri 2009
Posted by pu3IM at 6:55 PM 2 comments
Labels: aktiviti pu3
Tuesday, September 8, 2009
Konvoi Kasih Aidilfitri Day 1
Posted by pu3IM at 1:15 AM 1 comments
Labels: aktiviti pu3
Monday, September 7, 2009
Konvoi Kasih Aidilfitri
selamat berpuasa kepada semua pengunjung blog pu3im.. Kepada eita, kenanga sari, comel, k.zue, gadistimur terima kasih kerana sudi memeriahkan lagi zone chat pu3 tu.. muahh sayang korang.. huhuhu...
Pada 6hb & 7hb September 2009 (Ahad&Isnin) yang lepas, Pergerakan Puteri UMNO Indera Mahkota telah mengadakan satu program iaitu "KONVOI KASIH AIDILFITRI" bagi menyalurkan sedikit sumbangan hari raya untuk golongan susah di kawasan Indera Mahkota. Program ini telah diadakan selama dua hari berturut-turut. Ia di ketuai oleh Puan Mazlina binti Mohamed @ Muhamad Lazim(Ketua Perg. Puteri UMNO Bahagian Indera Mahkota) dan disertai oleh semua Ahli Jawatankuasa Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Indera Mahkota.
Berikut adalah Jadual Perjalanan Kami sepanjang Program Konvoi Kasih Aidilfitri;6hb September 2009 (Ahad)
9.00 pagi~berkumpul di Pejabat UMNO Bahagian IM
9.20 pagi bergerak ke cawangan;
1.Cenderawasih
2.Tiram
3.Sungai Talam
4.Sungai Talam 2
5.Indera Mahkota 6
6.Indera Mahkota 7
7.Indera Mahkota 1
8.RTP Bukit Goh
9.Kampung Padang
10.Semambu Baru
11.Air Putih
12.Alor Batu
7hb September 2009 (Isnin)
8.30 pagi~berkumpul di Pejabat UMNO Beserah
8.50 pagi bergerak ke cawangan;
1.Beserah Selatan
2.Beserah Selatan Baru
3.Beserah Utara
4.Kampung Bahagia
5.Batu Hitam
6.Sungai Karang Pantai
7.Sungai Karang Darat
8.Bandar Baru Balok
9.Balok
10.Sungai Ular
11.Darat Jering Sg. Ular
12.Sungai Ular Seberang
13.Cherating
14.Chendor
Seronok jugak menjalankan program2 yang sebegini. Selain dapat membuat amal kebajikan dibulan yang mulia ini, kami juga dapat berjumpe dengan orang ramai serta dapat mengeratkan lagi tali silatulrahim antara kami dengan orang2 di peringkat cawangan. kalau tidak diadakan aktiviti seperti ini, kami mungkin terlepas pandang kesusahan dan masalah yang dihadapi oleh masyarakat disekeliling. Insya'Allah dimasa akan datang, PU3IM akan mengadakan banyak lagi aktiviti sebegini.
Akhir kata, Pu3IM ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada puteri-puteri cawangan dan ahli-ahli UMNO di peringkat cawangan kerana banyak membantu dan melancarkan perjalanan program tersebut. Jika ada salah dan silap, harap di maafkan. Ini merupakan pengalaman baru bagi kami Pu3Im. Bak kata orang tua2... hehehe.. kami budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan.. hehehe.. Semoga tuhan lindungi kita semua.. amin..
Wassalam.
Posted by pu3IM at 11:44 PM 0 comments
Labels: aktiviti pu3
Saturday, August 15, 2009
MESYUARAT UMNO BAHAGIAN
Naib Ketua Puteri & Ketua Puteri
G10 yang manis-manis belaka....
Bersama Ayahanda yang sentiasa menyokong...terima kasih
Dato Hamid Nazahar, Setiausaha Politik YB Dato' Seri Hisammuddin Tun HussienMajlis diakhiri dengan penyampaian Anugerah Khas untuk mengenang jasa Ahli-ahli Veteren UMNO yang telah bergiat aktif dan banyak menyumbang di dalam memertabatkan parti yang dicintai ini. Semoga kita sama2 dapat menjadikan mereka sebagai contoh dan ikutan untuk terus berjuang demi parti kita ini. Yang baik kita contohi, yang kurang kita perbaiki. Itu lah semangat jati diri yang perlu ada dalam setiap diri kita.
Tahniah kepada En. Khairul Hisam, YH. Dato' Hj Faisal, En. Ab Rahaman, En. Ngah, En. Kamal Zaim, Pn. Maimun dan En. Salamon kerana terpilih sebagai G7 UMNO Bahagian Indera Mahkota. JOM Sama-samalah kita ke Kuala Lumpur...
Posted by pu3IM at 10:58 PM 0 comments
Labels: aktiviti pu3
Sunday, August 2, 2009
Meyuarat Perwakilan Perg. Puteri UMNO Bahagian Indera Mahkota kali ke 6/2009
Salam ceria buat semua pengunjung blog Puteri UMNO Bahagian Indera Mahkota. Semoga semuanya sihat dan ceria selalu. Terima kasih kerana sudi memberi sokongan kepada blog ini.
Terima kasih kepada bonda Azizah dan Puan Maimun Kahar kerana sudi hadir
Wakil UMNO Bhgn. IM, En. Najmi, Tuan Haji Rafai dan En. RosmanTerima kasih juga kepada YB. Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman selaku Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia kerana sudi hadir dan merasmikan Meyuarat Perwakilan Perg. Puteri UMNO Bahagian Indera Mahkota kali ke 6/2009. Jasa dan budi baik YB. Dato' amatlah kami hargai. Jika ada kelapangan, jemputlah datang lagi.. hehehe..
Pn. Mazlina, Dato' Shaharudin Shamsuddin, YB. Dato' Haji Tajuddin dan Isteri
Senyum...hehe..Manis2 Puteri UMNO Bhgn. Indera Mahkota ni
adik2 comel yang menyerikan majlis dengan tarian yang cukup hebat..wahhh bleh la ajar akak2 @ makcik2 Puteri menari nanti.. hehehe..Posted by pu3IM at 9:51 PM 0 comments
Labels: aktiviti pu3
Saturday, August 1, 2009
WAKIL PERHUBUNGAN PUTERI NEGERI KE KUALA KRAU
Posted by pu3IM at 12:00 AM 0 comments
Labels: aktiviti pu3
Wednesday, July 8, 2009
MESYUARAT PENUH PUTERI KALI KE 4/2009
Posted by pu3IM at 2:02 AM 0 comments
Labels: aktiviti pu3, info pu3im
Monday, July 6, 2009
PROGRAM WALK A MILE
Posted by pu3IM at 7:45 PM 0 comments
Labels: aktiviti pu3, info pu3im
















