
Allah Ta'ala berfirman :
"Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kalian berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kalian agar kalian bertaqwa. (Yaitu) dalam beberapa hari yang tertentu. Maka barangsiapa di antara kalian ada yang sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka) maka (wajiblah baginya berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. Dan wajib bagi orang-orang yang berat menjalankannya (jika mereka tidak berpuasa) membayar fidyah, (yaitu) memberi makan seorang miskin. Barangsiapa yang dengan kerelaan hati mengerjakan kebajikan, maka itulah yang lebih baik baginya. Dan berpuasa lebih baik bagi kalian, jika kalian mengetahui"
(Al-Baqarah: 183-184)
PUTERI IM ingin mengucapkan Salam Ramadhan buat semua umat islam yang menjalani ibadah ini...terutama buat seluruh puteri di Malaysia amnya dan seluruh puteri di Indera Mahkota khasnya...Marilah kita perbanyakkan ibadah di bulan Ramadhan ini. Moga segala amalan dan perbuatan kita dirahmati dan diredhai Allah...amin....
(⁀‵⁀) ✫ ✫ ✫.
`⋎´✫¸.•°*”˜˜”*°•✫
..✫¸.•°*”˜˜”*°•.✫
☻/ღ˚ •。* ˚ ˚✰˚ ˛★* 。 ღ˛° 。* °♥ ˚ • ★ *˚ .ღ 。
/▌*˛˚ღ •˚ SELAMAT MENYAMUT RAMADHAN AL-MUBARAK ˚ ✰* ★
/ \ ˚. ★ ˛ ˚ ✰。˚ ˚ღ。* ˛˚ 。✰˚* ˚ ★ღ ˚ 。✰ •* ˚♥
About Me
Tuesday, August 2, 2011
RAMADHAN AL MUBARAK
Posted by pu3IM at 5:59 PM 0 comments
Sunday, April 24, 2011
ALHAMDULILLAH
Alhamdulillah...mesyuarat Puteri cawangan berjalan lancar...semua cawangan Puteri IM dah selamat bersidang...
Sejambak Mawar Seharum Kasturi,Tahniah dan terima kasih Puteri IM nak ucapkan buat yang telah bersidang...Moga apa yang baik daripada persidangan cawangan akan kita sama-sama dokong bagi memastikan Pergerakan Puteri UMNO Indera Mahkota dan ahlinya terus dapat menjalankan tugas sebaiknya...
Kita bertemu nanti di Mesyuarat Perwakilan Puteri UMNO Bahagian yang akan dijalankan seperti ketetapan berikut:
TARIKH : 15 MEI 2011
TEMPAT : RESIDENCE INN CHERATING
MASA : 8.00 PAGI
Kepada semua perwakilan jangan lupa ye...sama-sama kita bermesyuarat dan membincangkan agenda bangsa.
Terima kasih...
luv u all
Posted by pu3IM at 9:18 PM 1 comments
BERTEMU KEMBALI
Assalamualaikum...bertemu kembali...itulah ayat terbaik yang Puteri IM nak mulakan menulis hari ini.
Dah terlalu lama blog ni bersarang tak diupdate...
Dah macam-macam yang berlaku diluar sana...PRK, Pilihanraya Sarawak, Isu Lynas dan macam macam lagi...
Puteri Im akan kembali aktif, rugi rasanya kalau blog ni di biar bersarang je...
So, nantikan lah kemunculan story mory dari Puteri IM ye...
Posted by pu3IM at 9:14 PM 0 comments
Monday, March 1, 2010
SIAPA DIA MENENTUKAN SYURGA NERAKA ORANG ISLAM!

Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Indera Mahkota, mengutuk manusia yang bernama Zulkarnain Ismail yang telah menghina Allahyarham Haslinda Zerain.
Siapa dia menentukan Syurga Neraka Manusia. Tak sedarkan dia yang di kata itu bukannya Kafir tetapi saudara sesama Islam.
Allahyarham Haslinda yang kami kenali sangat komited dalam memperjuangkan nasib anak bangsa. Arwah seorang peramah, baik dan sentiasa membantu orang lain.
Nak kata Mamat Perasan ni orang tak ada pendidikan Agama, belajarnya di Mesir. Mendapat pendidikan agama secukupnya tapi mungkin kerana dia percaya bahawa menyertai PAS jaminan Syurga jadi dia terasa apa pun yang dia lakukan @ dia kata tak jadi masalah. Jaminan Syurgalah katakan...
Nasihat kami bertaubatlah...tapi kalau dia betul-betul berani, jangan hina yang telah pergi tapi berdepanlah dengan kami, PUTERI UMNO!
Posted by pu3IM at 11:52 PM 1 comments
KEMBALI BERSUA

Assalamualaikum, Salam 1 Malaysia...
Selamat Bertemu kembali. Dah lama kita tak bersua di Alam Siber ni. Pergerakan Puteri mendoakan semua kawan-kawan Puteri yang sering mengikuti blog ini dan yang di luar sana berada dalam keadaan yang sihat sejahtera dan sentiasa di lindungi Illahi...amin...
Mohon Maaf jua kerana telah lama tidak menulis. Mungkin ada yang tiap hari membuka laman blog ini tapi kecewa kerana tiada perubahan....Maaf ye kawan-kawan... Insyaallah bermula hari ini blog ini akan "di update" selalu...
Kepada kawan-kawan yang ingin menyumbang idea atau apa sahaja cetusan untuk dimuatkan dalam blog ini, boleh lah di emailkan ke alamat mahkotaputeri@yahoo.com .
Semoga kita sama-sama dapat meyumbang demi memperkukuhkan dan memperkasakan Pergerakan Puteri UMNO Indera Mahkota
Posted by pu3IM at 11:03 PM 0 comments
Wednesday, October 21, 2009
Perhimpunan Puteri UMNO Malaysia 2009
Tempat : PWTC, Kuala Lumpur
Koleksi gambar sepanjang
Perhimpunan Agung UMNO Malaysia 2009
Perjalanan Masuk ke Dewan PerhimpunanKP, NKP & G2 Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Indera Mahkota
Jom kita ke Dewan...
sungguh AYU & BersemangatKetua Puteri~Pn. Mazlina
Effa (NKP) & Mazlina
Mazlina & Suzita (G2)
Cantik berseri akak kita nie... Suzita (G2)
sorang lagi G2 Puteri UMNO Bahagian IMCik Norzalina (Kak Long) yang Manis & penuh bergaya...
G2 Puteri Bhgn IMAlahai... Jeles nie, gambar saya takde pun... hihi
Kami dah masuk dewan... jom lah joint..terima kasih kepada yang banyak menyokong kami dari belakang..
Puteri IM we love u all...

Kusyuk nye dia membaca... tak sedar gambar di candid..hihi
Bersama orang kuat UMNO Negeri Pahang, Kak Nomah..Terima kasih semua AJK & Ahli Puteri yang Hadir untuk memberi sokongan...Sayang korang semua...Muahhh...
Posted by pu3IM at 7:55 PM 0 comments
Labels: info pu3im
Thursday, October 1, 2009
Wednesday, September 9, 2009
Sinar Harian~Konvoi Kasih Aidilfitri 2009
Posted by pu3IM at 6:55 PM 2 comments
Labels: aktiviti pu3
Tuesday, September 8, 2009
Konvoi Kasih Aidilfitri Day 1
Posted by pu3IM at 1:15 AM 1 comments
Labels: aktiviti pu3
Monday, September 7, 2009
Konvoi Kasih Aidilfitri
selamat berpuasa kepada semua pengunjung blog pu3im.. Kepada eita, kenanga sari, comel, k.zue, gadistimur terima kasih kerana sudi memeriahkan lagi zone chat pu3 tu.. muahh sayang korang.. huhuhu...
Pada 6hb & 7hb September 2009 (Ahad&Isnin) yang lepas, Pergerakan Puteri UMNO Indera Mahkota telah mengadakan satu program iaitu "KONVOI KASIH AIDILFITRI" bagi menyalurkan sedikit sumbangan hari raya untuk golongan susah di kawasan Indera Mahkota. Program ini telah diadakan selama dua hari berturut-turut. Ia di ketuai oleh Puan Mazlina binti Mohamed @ Muhamad Lazim(Ketua Perg. Puteri UMNO Bahagian Indera Mahkota) dan disertai oleh semua Ahli Jawatankuasa Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Indera Mahkota.
Berikut adalah Jadual Perjalanan Kami sepanjang Program Konvoi Kasih Aidilfitri;6hb September 2009 (Ahad)
9.00 pagi~berkumpul di Pejabat UMNO Bahagian IM
9.20 pagi bergerak ke cawangan;
1.Cenderawasih
2.Tiram
3.Sungai Talam
4.Sungai Talam 2
5.Indera Mahkota 6
6.Indera Mahkota 7
7.Indera Mahkota 1
8.RTP Bukit Goh
9.Kampung Padang
10.Semambu Baru
11.Air Putih
12.Alor Batu
7hb September 2009 (Isnin)
8.30 pagi~berkumpul di Pejabat UMNO Beserah
8.50 pagi bergerak ke cawangan;
1.Beserah Selatan
2.Beserah Selatan Baru
3.Beserah Utara
4.Kampung Bahagia
5.Batu Hitam
6.Sungai Karang Pantai
7.Sungai Karang Darat
8.Bandar Baru Balok
9.Balok
10.Sungai Ular
11.Darat Jering Sg. Ular
12.Sungai Ular Seberang
13.Cherating
14.Chendor
Seronok jugak menjalankan program2 yang sebegini. Selain dapat membuat amal kebajikan dibulan yang mulia ini, kami juga dapat berjumpe dengan orang ramai serta dapat mengeratkan lagi tali silatulrahim antara kami dengan orang2 di peringkat cawangan. kalau tidak diadakan aktiviti seperti ini, kami mungkin terlepas pandang kesusahan dan masalah yang dihadapi oleh masyarakat disekeliling. Insya'Allah dimasa akan datang, PU3IM akan mengadakan banyak lagi aktiviti sebegini.
Akhir kata, Pu3IM ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada puteri-puteri cawangan dan ahli-ahli UMNO di peringkat cawangan kerana banyak membantu dan melancarkan perjalanan program tersebut. Jika ada salah dan silap, harap di maafkan. Ini merupakan pengalaman baru bagi kami Pu3Im. Bak kata orang tua2... hehehe.. kami budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan.. hehehe.. Semoga tuhan lindungi kita semua.. amin..
Wassalam.
Posted by pu3IM at 11:44 PM 0 comments
Labels: aktiviti pu3
Friday, August 21, 2009
SALAM RAMADHAN BUAT SEMUA PENGURUSAN, AHLI JAWATAN KUASA DAN SELURUH AHLI PUTERI CAWANGAN
Jua buat Pengurusan Bahagian, Wanita dan Pemuda dan seluruh AJK Bahagian, Pemuda dan Wanita. Tidak dilupakan Pentadbiran Bahagian (Man, K.jue, Adib, Shahril, Aida & Makcik)...
Posted by pu3IM at 12:20 AM 1 comments
Saturday, August 15, 2009
MESYUARAT UMNO BAHAGIAN
Naib Ketua Puteri & Ketua Puteri
G10 yang manis-manis belaka....
Bersama Ayahanda yang sentiasa menyokong...terima kasih
Dato Hamid Nazahar, Setiausaha Politik YB Dato' Seri Hisammuddin Tun HussienMajlis diakhiri dengan penyampaian Anugerah Khas untuk mengenang jasa Ahli-ahli Veteren UMNO yang telah bergiat aktif dan banyak menyumbang di dalam memertabatkan parti yang dicintai ini. Semoga kita sama2 dapat menjadikan mereka sebagai contoh dan ikutan untuk terus berjuang demi parti kita ini. Yang baik kita contohi, yang kurang kita perbaiki. Itu lah semangat jati diri yang perlu ada dalam setiap diri kita.
Tahniah kepada En. Khairul Hisam, YH. Dato' Hj Faisal, En. Ab Rahaman, En. Ngah, En. Kamal Zaim, Pn. Maimun dan En. Salamon kerana terpilih sebagai G7 UMNO Bahagian Indera Mahkota. JOM Sama-samalah kita ke Kuala Lumpur...
Posted by pu3IM at 10:58 PM 0 comments
Labels: aktiviti pu3
Monday, August 10, 2009
Tahniah Bonda2 Wanita UMNO Bahagian Indera Mahkota
Assalamualaikum.. dan selamat petang kepada semua pengunjung blog pu3im..
Pada hari Ahad 9hb Ogos 2009, Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Indera Mahkota telah menghadiri undangan ke Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan Wanita UMNO Bahagian Indera Mahkota Kali ke 6/2009. Mesyuarat tersebut telah berlangsung di Dewan Kompleks Dagangan Mahkota, Kuantan dan dirasmikan oleh Ketua UMNO Bahagian Indera Mahkota, En Mohd Hazmi bin Yusof.
Di kesempatan ini, pu3im ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Perg. Wanita UMNO Bahagian Indera Mahkota kerana telah selamat bersidang dan syukur Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Kata2 nasihat yang diberikan oleh Bonda2 Wanita UMNO Bahagian Indera Mahkota dan Bahagian Pekan akan dijadikan panduan dan penyuntik semangat kepada kami.
Akhir kata, Pu3im berharap Bonda2 Wanita UMNO akan terus menabur bakti kepada UMNO dan memberi dorongan kepada Generasi Muda seperti kami untuk terus maju dalam mengharungi politik hari ini. Sekian, wassalam.
Daun selasih,
ikan puyu,
terima kasih..I LOVE U... hehehe
Posted by pu3IM at 1:22 AM 0 comments
Labels: info pu3im
Sunday, August 9, 2009
PERGINYA SEORANG SAHABAT
Sahabat...
Pertama kali mengenalimu aku telah dapat rasakan
Kau insan mulia dan kita bakal menjadi dua
Setiap kali bertemu ada sahaja cerita
Cerita suka, duka, politik dan persahabatan
Masa terus berlalu dan kita erat bersatu
Bertemu di program atau ketika minum berbual
Ketika kau menetap di Kuantan
Pertemuan sering terjadi
Tetapi takdir menentukan
Kau mengikut suami tercinta pulang menetap di daerah kelahiran
Kita mula jarang bertemu
Namun itu tidak memisahkan kita
Antara kenangan yag tak mungkin aku lupakan
Kunjungan ku ke rumahmu tempohari
Aku dilayan bagai orang ternama
Terima kasih sahabat....
Tetapi bukan itu yang inginku khabarkan
Aku mahu menggambarkan betapa mulianya dirimu
Masih lagi ku ingat
Ketika kau mendapat khabar gembira
Keluargamu akan bertambah
Kau betul-betul bahagia setelah 11 tahun menanti
Kau sering mengusik ku kerana aku belum menjadi
Akhirnya 7 bulan selepas itu aku jua menerima khabar gembira
Kita bertambah bahagia
Sahabat.......
Jatuh bangun aku dalam politik
Kau antara yang kuat berdiri dibelakangku
Sering memberi semangat
Keinginan dan doamu yang ikhlas
Untuk aku mendapat tempat dalam dunia politik
Meletakkan aku di tempat sekarang
Sekali lagi terima kasih sahabat.......
Namun sabtu yang lalu(8.8.09)
Aku tidak bermaya, luluh hatiku
Aku semacam tidak percaya
Bukan aku sahaja
Efa, Tihah, Hasni, Zu, K.su dan semua rakan puteri
Merasai kehilanganmu
Tapi siapa kami untuk menolak takdir Illahi
Berita kau dan anak-anak dilanda musibah
Menggugurkan airmataku
Meruntun jiwaku
Namun sebagai hamba Allah
Aku bertenang dan terus berdoa
Agar kau aman disana
Dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman
Kau akan terus dihati dan disayangi.....

***sajak ini dinukilan oleh KP, sekadar melahirkan rasa kehilangan yang amat sangat..Al-fatihah buat Aizam mantan AJK Puteri Indera Mahkota.
Posted by pu3IM at 10:23 PM 3 comments
Labels: info pu3im
Wednesday, August 5, 2009
Semoga Semuanya Selamat
Assalamualaikum,
apa khabar semua? Harap sihat hendaknya...
Untuk makluman semua, Ayah kepada Cik Norzalina Mokhtar (kak long, Pengerusi Tetap pu3im) akan menjalani operation/pembedahan pada 7 ogos 2009 (jumaat) ini di IJN Kuala Lumpur. Sebelum ini, ayah beliau telah dikejarkan ke Hospital HTAA Kuantan kerana mengalami masalah injap jantung tersumbat. Marilah kita sama2 mendoakan agar pembedahan berjalan dengan lancar dan semuanya selamat..
Pembedahan ini sebenarnya memerlukan kewangan sebanyak RM8800. Oleh kerana pembedahan ini amt penting buat abah K.long, doktor membenarkan ianya dilakukan dengan jaminan guarantee letter pemotongan gaji k.long..jadi apalah kiranya agar kita semua boleh membantu k.long. KEPADA YANG SUDI MENDERMA boleh lah berhubung terus dengan Pergerakan Puteri UMNO Bahagian...
Kepada kak long, pu3im mendoakan semoga ayah cepat sembuh dan sihat kembali..amin..
kak long kuatkan semangat, bersabar, banyakkan berdoa dan berzikir kepada Allah. Insya'Allah, semuanya akan selamat & take care ok.
sekian, Wassalam.
*jika ada sebarang maklumat boleh la email ke;
mahkotaputeri@yahoo.com
Posted by pu3IM at 9:22 PM 2 comments
Labels: info pu3im
Monday, August 3, 2009
Influenza A(H1N1).. SelSema Babi
Selamat Pagi semua..
hari ni pu3im nak share sedikit info kat pengunjung blog ni. pagi2 tadi masa nak ke tempat kerja, pu3im tengak ramai pelajar2 memakai mask.. iaitu topeng pelindung mulut. Sekarang ni kes jangkitan selsema babi ni semakin serius di kawasan kita. Oleh itu pu3im nak nasihatkan kepada adik2 Puteri, agar sentiasa berjaga2 agar tidak terkena jangkitan ini.
Bawah ni ada sedikit info yang pu3im ambil kat blog Kementerian Kesihatan Malaysia;
Situasi semasa Influenza A(H1N1) (Setakat 3 Ogos 2009, jam 8.00 pagi)
Kes - Kes Baru: 17
Kes - Kes Import: 0 Kes Jangkitan Tempatan: 17 Kes Kematian: 1
Jumlah Kes di Malaysia: 1,446 termasuk 7 kematian.
574 (40%) merupakan kes import dan 872 (60%) kes jangkitan tempatan. Daripada jumlah ini, 1,408 kes (97%) telah sembuh, hanya 29 kes atau 2% sahaja yang sedang menerima rawatan antiviral di hospital di mana 8 daripadanya berada di Unit Rawatan Rapi. Sembilan (9) orang atau 1% sedang menerima rawatan antiviral di rumah.
Daripada 8 kes yang berada di Unit Rawatan Rapi, 4 daripada mereka mempunyai faktor risiko iaitu obesiti(1), wanita hamil(1) dan imuniti rendah(2).
Bagi 17 kes sporadik, 7 dirawat di wad isolasi hospital, 1 kes dirawat di Unit Rawatan Rapi dan 9 orang menerima rawatan pesakit luar.
Sehubungan dengan itu, adik2 Puteri dinasihatkan agar sentiasa mengamalkan langkah-langkah berikut:
- Menjaga kebersihan diri seperti mencuci tangan dengan kerap setiap kali selepas batuk, bersin dan lainlain.
- Menutup mulut ketika bersin dan batuk.
- Menjauhkan diri daripada individu yang mempunyai gejala ILI.
- Mengelakkan diri daripada berada di kawasan yang sesak dengan orang ramai.
- Ibu bapa dinasihatkan agar tidak membawa anak¬anak kecil ke tempat yang sesak
>>kementerian kesihatan Malaysia<<
*pesanan pu3im~jangan nakal2, take care tau..amalkan cara hidup sihat..Posted by pu3IM at 5:35 PM 0 comments
Labels: info pu3im
Sunday, August 2, 2009
Meyuarat Perwakilan Perg. Puteri UMNO Bahagian Indera Mahkota kali ke 6/2009
Salam ceria buat semua pengunjung blog Puteri UMNO Bahagian Indera Mahkota. Semoga semuanya sihat dan ceria selalu. Terima kasih kerana sudi memberi sokongan kepada blog ini.
Terima kasih kepada bonda Azizah dan Puan Maimun Kahar kerana sudi hadir
Wakil UMNO Bhgn. IM, En. Najmi, Tuan Haji Rafai dan En. RosmanTerima kasih juga kepada YB. Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman selaku Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia kerana sudi hadir dan merasmikan Meyuarat Perwakilan Perg. Puteri UMNO Bahagian Indera Mahkota kali ke 6/2009. Jasa dan budi baik YB. Dato' amatlah kami hargai. Jika ada kelapangan, jemputlah datang lagi.. hehehe..
Pn. Mazlina, Dato' Shaharudin Shamsuddin, YB. Dato' Haji Tajuddin dan Isteri
Senyum...hehe..Manis2 Puteri UMNO Bhgn. Indera Mahkota ni
adik2 comel yang menyerikan majlis dengan tarian yang cukup hebat..wahhh bleh la ajar akak2 @ makcik2 Puteri menari nanti.. hehehe..Posted by pu3IM at 9:51 PM 0 comments
Labels: aktiviti pu3












