About Me
Wednesday, July 8, 2009
AL-FATIHAH BUAT UNCLE FAUZUN
Pagi ini Pergerakan Puteri dikejutkan dengan berita kembalinya Allahyarham Uncle Fauzun ke rahmatullah. Kami mendoakan agar rohnya dicucuri rahmat dan ditempat bersama orang-orang yang beriman. Allahyarham Uncle Fauzun merupakan seorang yang cukup kuat bekerja dan sanggup melakukan apa sahaja demi UMNO. Tenaga dan wang ringgit tidak pernah menjadi ukuran buat arwah. Jasanya kepada Pergerakan Puteri tidak akan kami lupakan dan tak terbalas. Allahyarham merupakan orang yang sentiasa menyokong pergerakan Puteri dalam suka dan duka kami...Pergimu amat kami rasai, kehilanganmu bagai tiada ganti. Namun semangat dan perjuanganmu akan sentiasa mengiringi kami....al-Fatihah....
Posted by pu3IM at 7:15 PM 1 comments
Labels: info pu3im
MESYUARAT PENUH PUTERI KALI KE 4/2009
Mesyuarat dijalankan pada hari Isnin yang lepas (6/7/09) di pejabat bahagian Indera Mahkota. Mesyuarat memutuskan Persidangan Puteri Bahagian akan diadakan pada 26/7/09. Mesyuarat juga meraikan Hari Lahir Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian. SELAMAT HARI LAHIR...BE THE BEST KP 4 ALL OF US!
Posted by pu3IM at 2:02 AM 0 comments
Labels: aktiviti pu3, info pu3im
Monday, July 6, 2009
SEKADAR RENUNGAN...."MENCARI BAHAGIA"
Kita Cari Bahagia Abadi.....
Dimana? Di Sisi Allah
Firman Allah S.A.W, maksudnya " Di tempat yang sungguh bahagia, di sisi Tuhan yang menguasai segala-galanya, lagi Yang Berkuasa melakukan sekehendak-Nya" (surah al-Qamar 54:55)
Bagaimana?
Dengan Mengutamakan Akhirat....
Firman Allah, maksudnya: Mereka itulah orang-orang yang membeli(mengutamakan) kehidupan dunia (dan kesenangannya) dengan (meninggalkan perintah-perintah Allah yang membawa kebahagiaan dalam kehidupan) akhirat : maka tidak akan diringankan azab seksa mereka (pada hari kiamat) dan mereka pula tidak akan diberikan pertolongan." (Surah al-Baqarah:86)
Dengan Sabar & Taqwa
Firman Allah, maksudnya: "Oleh itu bersabarlah, sesungguhnya kesudahan yang baik (yang membawa kejayaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat) adalah bagi orang yang bertakwa." (Surah Hud: 49)
Untuk Siapa?
Yang Beriman Dan Beramal Soleh
Firman Allah, maksudnya: "Orang yang beriman dan beramal soleh, beroleh kebahagiaan yang amat menggembirakan dan tempat kembali yang sebaik-baiknya." (surah al-Ra'd 13:29)
Yang Beroleh Hidayah
Firman Allah, maksudya. "Dan sesiapa yang diberi hidayat petunjuk oleh Allah maka dialah yang sebenar-benarnya berjaya mencapai kebahagiaan". (Surah al-Israk 17:97)
Posted by pu3IM at 9:23 PM 0 comments
JALINAN SUCI
1 Julai 2009 - Sempena bulan Rejab ini Pergerakan Puteri telah mengadakan 1 program turun ke cawangan dan sasaran kami adalah rumah Guru Mengaji Al-Quran. Untuk kali pertama ini kami turun ke cawangan Darat Jering Sungai ular.Kami menyampaikan Wakaf Al-Quran, Iqra' dan Rehal untuk anak-anak mengaji...Terima kasih kepada Tuan Rumah En. Ismail Bin bakar dan keluarga yang sudi menerima kunjungan Puteri. Kami terpanggil untuk membuat program ini kerana kami merasakan golongan ini kadang-kadang sedikit dilupakan atau terlepas pandang. Alhamdulillah pada malam tersebut ramai juga ibu bapa yang turut hadir tapi apa yang paling penting kami gembira melihat wajah riang kanak-kanak menerima Al-Quran baru. Semoga dengan sumbangan kecil ini kan diberkati dan dirahmati oleh Allah S.A.W dan program ini kan diteruskan lagi. Pergerakan Puteri mensasarkan untuk turun ke seluruh cawangan dalam Bahagian Indera Mahkota. Terima Kasih di atas sokongan semua...
Posted by pu3IM at 8:16 PM 0 comments
TERIMA KASIH & TAHNIAH
Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Indera Mahkota mengucapakan Ribuan Terima Kasih & Tahniah buat semua cawangan Puteri yang telah selamat bersidang. Jumlah semua yang telah bersidang adalah 28 cawangan daripada 38 cawangan. Kita berjumpa di Persidangan Puteri Bahagian pada 26 Julai ini...
Posted by pu3IM at 8:06 PM 0 comments
PROGRAM WALK A MILE
Puteri UMNO Indera Mahkota juga menyokong dan mengikuti program-program yang dianjurkan oleh NGO dan syarikat swasta. Pada 21 Jun yang lepas kami telah mengikuti Program Walk A Mile...program kempen untuk Jantung Sihat....Kami Puteri memang mementingkan kesihatan dan kecantikan. Puteri lah katakan...bak kata KP kami, Puteri bukan sahaja kena bagus kerja, ada jati diri tetapi kena cantik dan sihat juga....Bermula dengan pendaftaran, kami buat senaman ringan, Majlis Perasmian, Jalan kaki lebih kurang 1Km, Senaman semula dan cabutan bertuah...Apa yang penting....kami pun dapat cabutan bertuah....Pergerakan Puteri UMNO bahagian Indera Mahkota mendoakan khasnya buat semua ahli Puteri Indera mahkota dalam keadaan sihat sejahtera dan amnya untuk seluruh ahli puteri di Malaysia....Hidup PUTERI!
Posted by pu3IM at 7:45 PM 0 comments
Labels: aktiviti pu3, info pu3im
Subscribe to:
Posts (Atom)