Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Indera Mahkota, mengutuk manusia yang bernama Zulkarnain Ismail yang telah menghina Allahyarham Haslinda Zerain.
Siapa dia menentukan Syurga Neraka Manusia. Tak sedarkan dia yang di kata itu bukannya Kafir tetapi saudara sesama Islam.
Allahyarham Haslinda yang kami kenali sangat komited dalam memperjuangkan nasib anak bangsa. Arwah seorang peramah, baik dan sentiasa membantu orang lain.
Nak kata Mamat Perasan ni orang tak ada pendidikan Agama, belajarnya di Mesir. Mendapat pendidikan agama secukupnya tapi mungkin kerana dia percaya bahawa menyertai PAS jaminan Syurga jadi dia terasa apa pun yang dia lakukan @ dia kata tak jadi masalah. Jaminan Syurgalah katakan...
Nasihat kami bertaubatlah...tapi kalau dia betul-betul berani, jangan hina yang telah pergi tapi berdepanlah dengan kami, PUTERI UMNO!
About Me
Monday, March 1, 2010
SIAPA DIA MENENTUKAN SYURGA NERAKA ORANG ISLAM!
Posted by pu3IM at 11:52 PM 1 comments
KEMBALI BERSUA
Assalamualaikum, Salam 1 Malaysia...
Selamat Bertemu kembali. Dah lama kita tak bersua di Alam Siber ni. Pergerakan Puteri mendoakan semua kawan-kawan Puteri yang sering mengikuti blog ini dan yang di luar sana berada dalam keadaan yang sihat sejahtera dan sentiasa di lindungi Illahi...amin...
Mohon Maaf jua kerana telah lama tidak menulis. Mungkin ada yang tiap hari membuka laman blog ini tapi kecewa kerana tiada perubahan....Maaf ye kawan-kawan... Insyaallah bermula hari ini blog ini akan "di update" selalu...
Kepada kawan-kawan yang ingin menyumbang idea atau apa sahaja cetusan untuk dimuatkan dalam blog ini, boleh lah di emailkan ke alamat mahkotaputeri@yahoo.com .
Semoga kita sama-sama dapat meyumbang demi memperkukuhkan dan memperkasakan Pergerakan Puteri UMNO Indera Mahkota
Posted by pu3IM at 11:03 PM 0 comments