About Me

My photo
pahang, Malaysia
"Generasi Wanita Prihatin~Prihatin Berilmu"

Wednesday, September 9, 2009

Sinar Harian~Konvoi Kasih Aidilfitri 2009

Tuesday, September 8, 2009

Konvoi Kasih Aidilfitri Day 2

Konvoi Kasih Aidilfitri Day 1

Di Cenderawasih
terima kasih En. Fuad (Ketua Cawangan)

AJK yang telah menjalankan tugas dengan baik
terima kasih...you all memang the best la...

En. Rahman....antara orang yang banyak membantu puteri & antara kesayangan Puteri IM

Di kampung Tiram

Cawangan Kampung Padang

Cawangan Alor Batu~Rumah Mangsa Kebakaran

Monday, September 7, 2009

Konvoi Kasih Aidilfitri

Assalamualaikum..


selamat berpuasa kepada semua pengunjung blog pu3im.. Kepada eita, kenanga sari, comel, k.zue, gadistimur terima kasih kerana sudi memeriahkan lagi zone chat pu3 tu.. muahh sayang korang.. huhuhu...

Pada 6hb & 7hb September 2009 (Ahad&Isnin) yang lepas, Pergerakan Puteri UMNO Indera Mahkota telah mengadakan satu program iaitu "KONVOI KASIH AIDILFITRI" bagi menyalurkan sedikit sumbangan hari raya untuk golongan susah di kawasan Indera Mahkota. Program ini telah diadakan selama dua hari berturut-turut. Ia di ketuai oleh Puan Mazlina binti Mohamed @ Muhamad Lazim(Ketua Perg. Puteri UMNO Bahagian Indera Mahkota) dan disertai oleh semua Ahli Jawatankuasa Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Indera Mahkota.
Berikut adalah Jadual Perjalanan Kami sepanjang Program Konvoi Kasih Aidilfitri;

6hb September 2009 (Ahad)
9.00 pagi~berkumpul di Pejabat UMNO Bahagian IM
9.20 pagi bergerak ke cawangan;
1.Cenderawasih
2.Tiram
3.Sungai Talam
4.Sungai Talam 2
5.Indera Mahkota 6
6.Indera Mahkota 7
7.Indera Mahkota 1
8.RTP Bukit Goh
9.Kampung Padang
10.Semambu Baru
11.Air Putih
12.Alor Batu

7hb September 2009 (Isnin)
8.30 pagi~berkumpul di Pejabat UMNO Beserah
8.50 pagi bergerak ke cawangan;
1.Beserah Selatan
2.Beserah Selatan Baru
3.Beserah Utara
4.Kampung Bahagia
5.Batu Hitam
6.Sungai Karang Pantai
7.Sungai Karang Darat
8.Bandar Baru Balok
9.Balok
10.Sungai Ular
11.Darat Jering Sg. Ular
12.Sungai Ular Seberang
13.Cherating
14.Chendor

Seronok jugak menjalankan program2 yang sebegini. Selain dapat membuat amal kebajikan dibulan yang mulia ini, kami juga dapat berjumpe dengan orang ramai serta dapat mengeratkan lagi tali silatulrahim antara kami dengan orang2 di peringkat cawangan. kalau tidak diadakan aktiviti seperti ini, kami mungkin terlepas pandang kesusahan dan masalah yang dihadapi oleh masyarakat disekeliling. Insya'Allah dimasa akan datang, PU3IM akan mengadakan banyak lagi aktiviti sebegini.

Akhir kata, Pu3IM ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada puteri-puteri cawangan dan ahli-ahli UMNO di peringkat cawangan kerana banyak membantu dan melancarkan perjalanan program tersebut. Jika ada salah dan silap, harap di maafkan. Ini merupakan pengalaman baru bagi kami Pu3Im. Bak kata orang tua2... hehehe.. kami budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan.. hehehe.. Semoga tuhan lindungi kita semua.. amin..
Wassalam.