About Me

My photo
pahang, Malaysia
"Generasi Wanita Prihatin~Prihatin Berilmu"

Friday, August 21, 2009

SALAM RAMADHAN BUAT SEMUA PENGURUSAN, AHLI JAWATAN KUASA DAN SELURUH AHLI PUTERI CAWANGAN


Jua buat Pengurusan Bahagian, Wanita dan Pemuda dan seluruh AJK Bahagian, Pemuda dan Wanita. Tidak dilupakan Pentadbiran Bahagian (Man, K.jue, Adib, Shahril, Aida & Makcik)...

Saturday, August 15, 2009

MESYUARAT UMNO BAHAGIAN

Naib Ketua Puteri & Ketua Puteri

G10 yang manis-manis belaka....

Cantik Rupa, Manis budi Bahasa

Bersama Ayahanda yang sentiasa menyokong...terima kasih

Dato Hamid Nazahar, Setiausaha Politik YB Dato' Seri Hisammuddin Tun Hussien

Alhamdulillah... Syukur kerana UMNO Bahagian Indera Mahkota telah selamat bersidang pada 15hb ogos 2009 (sabtu) yang lepas.. Persidangan itu telah di adakan di Stadium Tertutup SUKPA Negeri Pahang dan telah dirasmikan oleh YAB Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin bin Mohd. Yassin Timbalan Perdana Menteri Malaysia...Majlis Perasmian itu melibatkan 3 Bahagian iaitu UMNO Bahagian Indera Mahkota, Paya Besar dan Kuantan.

Majlis diakhiri dengan penyampaian Anugerah Khas untuk mengenang jasa Ahli-ahli Veteren UMNO yang telah bergiat aktif dan banyak menyumbang di dalam memertabatkan parti yang dicintai ini. Semoga kita sama2 dapat menjadikan mereka sebagai contoh dan ikutan untuk terus berjuang demi parti kita ini. Yang baik kita contohi, yang kurang kita perbaiki. Itu lah semangat jati diri yang perlu ada dalam setiap diri kita.

Tahniah kepada En. Khairul Hisam, YH. Dato' Hj Faisal, En. Ab Rahaman, En. Ngah, En. Kamal Zaim, Pn. Maimun dan En. Salamon kerana terpilih sebagai G7 UMNO Bahagian Indera Mahkota. JOM Sama-samalah kita ke Kuala Lumpur...

Monday, August 10, 2009

Tahniah Bonda2 Wanita UMNO Bahagian Indera Mahkota

Assalamualaikum.. dan selamat petang kepada semua pengunjung blog pu3im.. Pada hari Ahad 9hb Ogos 2009, Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Indera Mahkota telah menghadiri undangan ke Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan Wanita UMNO Bahagian Indera Mahkota Kali ke 6/2009. Mesyuarat tersebut telah berlangsung di Dewan Kompleks Dagangan Mahkota, Kuantan dan dirasmikan oleh Ketua UMNO Bahagian Indera Mahkota, En Mohd Hazmi bin Yusof. Di kesempatan ini, pu3im ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Perg. Wanita UMNO Bahagian Indera Mahkota kerana telah selamat bersidang dan syukur Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Kata2 nasihat yang diberikan oleh Bonda2 Wanita UMNO Bahagian Indera Mahkota dan Bahagian Pekan akan dijadikan panduan dan penyuntik semangat kepada kami. Akhir kata, Pu3im berharap Bonda2 Wanita UMNO akan terus menabur bakti kepada UMNO dan memberi dorongan kepada Generasi Muda seperti kami untuk terus maju dalam mengharungi politik hari ini. Sekian, wassalam.

Daun selasih,
ikan puyu,
terima kasih..I LOVE U... hehehe

Sunday, August 9, 2009

PERGINYA SEORANG SAHABAT

Sahabat...

Pertama kali mengenalimu aku telah dapat rasakan
Kau insan mulia dan kita bakal menjadi dua
Setiap kali bertemu ada sahaja cerita
Cerita suka, duka, politik dan persahabatan


Hadirmu sering buat kami ketawa bahagia
Raut wajahmu tak pernah lekang dengan senyuman

Masa terus berlalu dan kita erat bersatu
Bertemu di program atau ketika minum berbual

Ketika kau menetap di Kuantan
Pertemuan sering terjadi
Tetapi takdir menentukan
Kau mengikut suami tercinta pulang menetap di daerah kelahiran
Kita mula jarang bertemu
Namun itu tidak memisahkan kita

Antara kenangan yag tak mungkin aku lupakan
Kunjungan ku ke rumahmu tempohari
Aku dilayan bagai orang ternama
Terima kasih sahabat....
Tetapi bukan itu yang inginku khabarkan
Aku mahu menggambarkan betapa mulianya dirimu

Masih lagi ku ingat
Ketika kau mendapat khabar gembira
Keluargamu akan bertambah
Kau betul-betul bahagia setelah 11 tahun menanti
Kau sering mengusik ku kerana aku belum menjadi
Akhirnya 7 bulan selepas itu aku jua menerima khabar gembira
Kita bertambah bahagia

Sahabat.......
Jatuh bangun aku dalam politik
Kau antara yang kuat berdiri dibelakangku
Sering memberi semangat
Keinginan dan doamu yang ikhlas
Untuk aku mendapat tempat dalam dunia politik
Meletakkan aku di tempat sekarang
Sekali lagi terima kasih sahabat.......

Namun sabtu yang lalu(8.8.09)
Aku tidak bermaya, luluh hatiku
Aku semacam tidak percaya
Bukan aku sahaja
Efa, Tihah, Hasni, Zu, K.su dan semua rakan puteri
Merasai kehilanganmu
Tapi siapa kami untuk menolak takdir Illahi
Berita kau dan anak-anak dilanda musibah
Menggugurkan airmataku
Meruntun jiwaku

Namun sebagai hamba Allah
Aku bertenang dan terus berdoa
Agar kau aman disana

Pergimu bersama anak kecilmu
Telah ditentukanNya
Aku tahu kau terus bahagia bersama anak kecil yang kau begitu tunggu kehadirannya
Allah lebih menyayangimu
Moga rohmu dicucuri rahmat

Dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman
Kau akan terus dihati dan disayangi.....


***sajak ini dinukilan oleh KP, sekadar melahirkan rasa kehilangan yang amat sangat..Al-fatihah buat Aizam mantan AJK Puteri Indera Mahkota.

Wednesday, August 5, 2009

Semoga Semuanya Selamat

Assalamualaikum,
apa khabar semua? Harap sihat hendaknya...

Untuk makluman semua, Ayah kepada Cik Norzalina Mokhtar (kak long, Pengerusi Tetap pu3im) akan menjalani operation/pembedahan pada 7 ogos 2009 (jumaat) ini di IJN Kuala Lumpur.
Sebelum ini, ayah beliau telah dikejarkan ke Hospital HTAA Kuantan kerana mengalami masalah injap jantung tersumbat. Marilah kita sama2 mendoakan agar pembedahan berjalan dengan lancar dan semuanya selamat..

Pembedahan ini sebenarnya memerlukan kewangan sebanyak RM8800. Oleh kerana pembedahan ini amt penting buat abah K.long, doktor membenarkan ianya dilakukan dengan jaminan guarantee letter pemotongan gaji k.long..jadi apalah kiranya agar kita semua boleh membantu k.long. KEPADA YANG SUDI MENDERMA boleh lah berhubung terus dengan Pergerakan Puteri UMNO Bahagian...

Kepada kak long, pu3im mendoakan semoga ayah cepat sembuh dan sihat kembali..amin..
kak long kuatkan semangat, bersabar, banyakkan berdoa dan berzikir kepada Allah. Insya'Allah, semuanya akan selamat & take care ok.

sekian, Wassalam.

*jika ada sebarang maklumat boleh la email ke;
mahkotaputeri@yahoo.com

Monday, August 3, 2009

Influenza A(H1N1).. SelSema Babi

Selamat Pagi semua..
hari ni pu3im nak share sedikit info kat pengunjung blog ni.
pagi2 tadi masa nak ke tempat kerja, pu3im tengak ramai pelajar2 memakai mask.. iaitu topeng pelindung mulut. Sekarang ni kes jangkitan selsema babi ni semakin serius di kawasan kita. Oleh itu pu3im nak nasihatkan kepada adik2 Puteri, agar sentiasa berjaga2 agar tidak terkena jangkitan ini.

Bawah ni ada sedikit info yang pu3im ambil kat blog Kementerian Kesihatan Malaysia;

Situasi semasa Influenza A(H1N1) (Setakat 3 Ogos 2009, jam 8.00 pagi)
Kes - Kes Baru: 17
Kes - Kes Import: 0
Kes Jangkitan Tempatan: 17 Kes Kematian: 1
Jumlah Kes di Malaysia: 1,446 termasuk 7 kematian.

574 (40%) merupakan kes import dan 872 (60%) kes jangkitan tempatan. Daripada jumlah ini, 1,408 kes (97%) telah sembuh, hanya 29 kes atau 2% sahaja yang sedang menerima rawatan antiviral di hospital di mana 8 daripadanya berada di Unit Rawatan Rapi. Sembilan (9) orang atau 1% sedang menerima rawatan antiviral di rumah.

Daripada 8 kes yang berada di Unit Rawatan Rapi, 4 daripada mereka mempunyai faktor risiko iaitu obesiti(1), wanita hamil(1) dan imuniti rendah(2).

Bagi 17 kes sporadik, 7 dirawat di wad isolasi hospital, 1 kes dirawat di Unit Rawatan Rapi dan 9 orang menerima rawatan pesakit luar.

Sehubungan dengan itu, adik2 Puteri dinasihatkan agar sentiasa mengamalkan langkah­-langkah berikut:

  1. Menjaga kebersihan diri seperti mencuci tangan dengan kerap setiap kali selepas batuk, bersin dan lain­lain.

  2. Menutup mulut ketika bersin dan batuk.

  3. Menjauhkan diri daripada individu yang mempunyai gejala ILI.

  4. Mengelakkan diri daripada berada di kawasan yang sesak dengan orang ramai.
  5. Ibu bapa dinasihatkan agar tidak membawa anak¬anak kecil ke tempat yang sesak
Nak tau lebih banyak info, adik2 bleh la layari ke laman web bawah ni.
>>kementerian kesihatan Malaysia<<

*pesanan pu3im~jangan nakal2, take care tau..amalkan cara hidup sihat..

Sunday, August 2, 2009

Meyuarat Perwakilan Perg. Puteri UMNO Bahagian Indera Mahkota kali ke 6/2009

Salam ceria buat semua pengunjung blog Puteri UMNO Bahagian Indera Mahkota. Semoga semuanya sihat dan ceria selalu. Terima kasih kerana sudi memberi sokongan kepada blog ini.

Barisan Ahli Jawatankuasa Puteri UMNO Bhgn. Indera Mahkota

Pada tarikh 26 Julai 2009 (Ahad) yang lepas, Perg. Puteri UMNO Bahagian Indera Mahkota telah selamat menjalankan Meyuarat Perwakilan Perg. Puteri UMNO Bahagian Indera Mahkota kali ke 6/2009. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Seramai 81 orang perwakilan hadir ke mesyuarat tersebut. Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua yang sudi meluangkan masa untuk bersama-sama memeriahkan lagi mesyuarat puteri kali ini.

Para Perwakilan yang hadir

Terima kasih kepada bonda Azizah dan Puan Maimun Kahar kerana sudi hadir

Wakil UMNO Bhgn. IM, En. Najmi, Tuan Haji Rafai dan En. Rosman

Tahniah kepada Calon G10 dan G2 yang sudah di pilih. Kepada Calon2, hargailah sokongan yang telah diberikan oleh para perwakilan kita dan jangan sia-siakan peluang ini. Bawalah misi dan suara puteri didalam Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Indera Mahkota dan Mesyuarat Agung UMNO Malaysia nanti.

Terima kasih juga kepada YB. Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman selaku Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia kerana sudi hadir dan merasmikan Meyuarat Perwakilan Perg. Puteri UMNO Bahagian Indera Mahkota kali ke 6/2009. Jasa dan budi baik YB. Dato' amatlah kami hargai. Jika ada kelapangan, jemputlah datang lagi.. hehehe..

Pn. Mazlina, Dato' Shaharudin Shamsuddin, YB. Dato' Haji Tajuddin dan Isteri

Senyum...hehe..Manis2 Puteri UMNO Bhgn. Indera Mahkota ni

adik2 comel yang menyerikan majlis dengan tarian yang cukup hebat..wahhh bleh la ajar akak2 @ makcik2 Puteri menari nanti.. hehehe..

Sepuluh jari pu3im hulurkan. Ampun dan maaf pu3im ucapkan jika ada salah dan silap, terlebih dan terkurang sepanjang mesyuarat dijalankan. Kepada adik-adik Puteri yang disayangi, marilah kita sama-sama menaikkan nama PUTERI UMNO Indera Mahkota agar terus maju dan mampu bersaing didalam arena politik ini. Kita akan berjaya jika kita....... APE YANG PENTING??? KERJASAMA... hehehe.. kita akan berjaya jika kita BerKERJASAMA.. Sekian, Wassalam.

Saturday, August 1, 2009

WAKIL PERHUBUNGAN PUTERI NEGERI KE KUALA KRAU

TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN KUALA KRAU YANG TELAH SELAMAT BERSIDANG DENGAN JAYANYA...nasi lemak NKP memang best la....