About Me

My photo
pahang, Malaysia
"Generasi Wanita Prihatin~Prihatin Berilmu"

Monday, July 6, 2009

JALINAN SUCI


1 Julai 2009 - Sempena bulan Rejab ini Pergerakan Puteri telah mengadakan 1 program turun ke cawangan dan sasaran kami adalah rumah Guru Mengaji Al-Quran. Untuk kali pertama ini kami turun ke cawangan Darat Jering Sungai ular.Kami menyampaikan Wakaf Al-Quran, Iqra' dan Rehal untuk anak-anak mengaji...Terima kasih kepada Tuan Rumah En. Ismail Bin bakar dan keluarga yang sudi menerima kunjungan Puteri. Kami terpanggil untuk membuat program ini kerana kami merasakan golongan ini kadang-kadang sedikit dilupakan atau terlepas pandang. Alhamdulillah pada malam tersebut ramai juga ibu bapa yang turut hadir tapi apa yang paling penting kami gembira melihat wajah riang kanak-kanak menerima Al-Quran baru. Semoga dengan sumbangan kecil ini kan diberkati dan dirahmati oleh Allah S.A.W dan program ini kan diteruskan lagi. Pergerakan Puteri mensasarkan untuk turun ke seluruh cawangan dalam Bahagian Indera Mahkota. Terima Kasih di atas sokongan semua...

0 comments: