About Me

My photo
pahang, Malaysia
"Generasi Wanita Prihatin~Prihatin Berilmu"

Monday, May 4, 2009

PENUBUHAN PUTERI BN

Parti komponen dicadang tubuh Puteri

KUALA LUMPUR 27 Mac - Seorang pembahas mencadangkan kepada semua parti komponen Barisan Nasional (BN) supaya menubuhkan Pergerakan Puteri seperti yang dilakukan oleh UMNO. Ketua Puteri UMNO Bahagian Indera Mahkota, Mazlina Mohamad Lazim berkata, penubuhan sayap tersebut dalam semua parti komponen diyakini dapat memperkuat dan memperkukuhkan lagi BN."Kalau UMNO boleh menubuhkan Puteri UMNO, kenapa tidak parti-parti komponen yang lain bagi memantapkan lagi BN untuk sama-sama mempertahankan kedaulatan agama, bangsa dan negara," katanya semasa membahaskan usul ucapan dasar Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO di sini.Dalam pada itu, beliau mengingatkan semua ahli UMNO supaya memperbaiki kelemahan diri dan UMNO secara menyeluruh."Kalau kita tidak mampu memperbaiki diri, bagaimana kita mampu membaiki orang di luar sana? Itu tanggungjawab kita sebagai pemimpin yang telah diamanahkan," katanya.Menurutnya, perubahan dan pembaharuan yang ingin dilakukan memerlukan reformasi menyeluruh jika mahu UMNO terus kuat dan relevan."Perubahan dan pembaharuan secara menyeluruh ini memerlukan pemikiran dan perbincangan semula berkaitan dasar dan perlembagaan parti."Ia harus dilakukan bagi memberi masa depan yang lebih cerah kepada anak bangsa dan cucu-cicit kita. Kita tidak mahu anak-anak dan cucu-cicit kita mengemis di negara sendiri," katanya.Mengenai peralihan kuasa antara Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Najib Tun Razak, Mazlina menyeru semua ahli UMNO agar bekerja dan bersatu hati bersama kepimpinan baru demi memperkuatkan lagi parti, khususnya bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 nanti."Jadi, saya menyeru marilah kita terus bekerja. Kalau dulu kita bersama Pak Lah, kini kita bekerja pula dengan Datuk Seri Najib," katanya.

Petikan di atas diambil daripada : informasi.phpbb3now.com/viewtopic

Pergerakan Puteri UMNO Indera Mahkota menyokong penuh apa yang telah diusulkan oleh Pergerakan Puteri UMNO Malaysia. Jika kita lihat semasa PRU atau PRK, Puteri UMNO lah yang bekerja keras untuk menangani hati pengundi muda semua kaum. Sekiranya diwujudkan PUTERI BN, ini kan lebih menambah kekuatan BN. Moga perkara ini diambil berat dan serius oleh semua Pemimpin tertinggi....

0 comments: