About Me

My photo
pahang, Malaysia
"Generasi Wanita Prihatin~Prihatin Berilmu"

Monday, May 25, 2009

MINGGU PERTAMA BERMULA MESYUARAT


Alhamdulillah 2 cawangan telah bermesyuarat pada minggu lepas. Semua mesyuarat berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Sekali lagi Pergerakan Puteri Umno Bahagian Indera Mahkota mengucapkan TAHNIAH buat Puteri Cawangan Tiram dan Taman Impianku...

Wednesday, May 20, 2009

PERMULAAN YANG INDAH


Semalam Pusat Bowling Kuantan Plaza bergegar dengan kehadiran Puteri-Puteri Indera Mahkota. Ada yang memang teror, ada yang tak berapa nak teror dan ada yang memang pernah tengok je bola bowling tu...Semua pemain bermula dengan baik, tak ada pun yang masuk longkang. At the end 1st prize Hasni, 2nd K.long dan 3rd Niza. Diaorang ni memang teror dah main bowling. 2, 3 orang je yang tak datang...Meriah betul malam tadi. Tapi yang paling penting jalinan keakraban antara kami. Kami (AJK termasuk KP dan NKP), merasakan satu perpaduan dan kekuatan akan terus terjalin demi memartabatkan Puteri Indera Mahkota. Kp kata dah main bowling lepas ni kena kerja la pula untuk cawangan......

Tuesday, May 19, 2009

PUTERI BN AKAN DIWUJUDKAN


Pergerakan Puteri UMNO Indera Mahkota merasa sangat gembira apabila PUTERI BN akan diwujudkan demi memperkukuhkan lagi Barisan Nasional... Kami telah menyokong dan menulis hal ini di dalam blog ini pada 4 Mei (sebagai rujukan pembaca). Semoga niat yang baik ini akan membuahkan 1 kekuatan demi Agama, bangsa dan Tanahair.

SELAMAT MENJALANKAN TUGAS

Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Indera Mahkota mengucapkan TAHNIAH kepada Pn. Siti Azmah Izzah dan Puan. norhayane Bt Shahdan sebagai Ketua Puteri Negeri dan Naib Ketua Puteri Negeri. Semoga gandingan ini akan memantapkan Pergerakan Puteri UMNO Pahang. Indera Mahkota sentiasa akan memberikan kerjasama yang baik...Hidup KP n NKP.....

Thursday, May 7, 2009

SETIAUSAHA DIRAIKAN



Minggu lepas Pergerakan Puteri telah meraikan S/U Cik Nor Fatihah Bt AB Rahaman dalam satu Program Minggu Setiusaha. Kerja bagus mesti dihargaikan? Semoga terus berjuang dengan lebih baik untuk Puteri IM. Kami bangga dengan anda...We Luv U...Muahhh

GAMBAR - GAMBAR AKTIVITI




























































































PERSIDANGAN DATANG LAGI



15 Mei 2009 hingga 30 Jun 2009 semua Pergerakan Puteri UMNO Cawangan akan bersidang mengikut tarikh yang dipilih oleh cawangan masing-masing..Persidangan kali ini sememangnya penting kerana kita perlu lebih fokus memikirkan UMNO dan Barisan Nasional. Marilah kita sama-sama mengubah dan mengukuhkan lagi Pergerakan Puteri UMNO khasnya di Bahagian Indera Mahkota. Kita harus membuktikan bahawa Pergerakan Puteri masih lagi relevan dan sebahagian tonggak kepada perjuangan UMNO. Pembangkang terlalu banyak menghina dan mengecilkan Puteri, jangan kita bimbang kerana itu sememangnya kerja mereka, mengata dan mengutuk! Apa yang penting tanamkan kejujuran, keikhlasan dan yang paling penting kesetiaan kita kepada UMNO demi Agama, Bangsa & Negara. Justeru itu jadikan persidangan kita kali ini sebagai titik mula kearah memperkasakan lagi PUTERI & UMNO. Selamat Bersidang kepada semua Puteri Cawangan dalam Bahagian Indera Mahkota. Moga persidangan kita berjalan lancar & diberkati Allah. Amin...

Monday, May 4, 2009

TAHNIAH


Rasanya masih belum terlambat buat Puteri Indera Mahkota, mengucapkan Tahniah buat Saudari Azita yang telah dilantik sebagai Penolong Setiausaha Pergerakan Puteri UMNO Malaysia. Semoga terus berjaya dan membantu memartabatkan Pergerakan Puteri UMNO. Setiap keikhlasan dalam perjuangan kita inilah balasannya apabila kerja kita dihargai. Sekali lagi Tahniah!

PENUBUHAN PUTERI BN

Parti komponen dicadang tubuh Puteri

KUALA LUMPUR 27 Mac - Seorang pembahas mencadangkan kepada semua parti komponen Barisan Nasional (BN) supaya menubuhkan Pergerakan Puteri seperti yang dilakukan oleh UMNO. Ketua Puteri UMNO Bahagian Indera Mahkota, Mazlina Mohamad Lazim berkata, penubuhan sayap tersebut dalam semua parti komponen diyakini dapat memperkuat dan memperkukuhkan lagi BN."Kalau UMNO boleh menubuhkan Puteri UMNO, kenapa tidak parti-parti komponen yang lain bagi memantapkan lagi BN untuk sama-sama mempertahankan kedaulatan agama, bangsa dan negara," katanya semasa membahaskan usul ucapan dasar Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO di sini.Dalam pada itu, beliau mengingatkan semua ahli UMNO supaya memperbaiki kelemahan diri dan UMNO secara menyeluruh."Kalau kita tidak mampu memperbaiki diri, bagaimana kita mampu membaiki orang di luar sana? Itu tanggungjawab kita sebagai pemimpin yang telah diamanahkan," katanya.Menurutnya, perubahan dan pembaharuan yang ingin dilakukan memerlukan reformasi menyeluruh jika mahu UMNO terus kuat dan relevan."Perubahan dan pembaharuan secara menyeluruh ini memerlukan pemikiran dan perbincangan semula berkaitan dasar dan perlembagaan parti."Ia harus dilakukan bagi memberi masa depan yang lebih cerah kepada anak bangsa dan cucu-cicit kita. Kita tidak mahu anak-anak dan cucu-cicit kita mengemis di negara sendiri," katanya.Mengenai peralihan kuasa antara Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Najib Tun Razak, Mazlina menyeru semua ahli UMNO agar bekerja dan bersatu hati bersama kepimpinan baru demi memperkuatkan lagi parti, khususnya bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 nanti."Jadi, saya menyeru marilah kita terus bekerja. Kalau dulu kita bersama Pak Lah, kini kita bekerja pula dengan Datuk Seri Najib," katanya.

Petikan di atas diambil daripada : informasi.phpbb3now.com/viewtopic

Pergerakan Puteri UMNO Indera Mahkota menyokong penuh apa yang telah diusulkan oleh Pergerakan Puteri UMNO Malaysia. Jika kita lihat semasa PRU atau PRK, Puteri UMNO lah yang bekerja keras untuk menangani hati pengundi muda semua kaum. Sekiranya diwujudkan PUTERI BN, ini kan lebih menambah kekuatan BN. Moga perkara ini diambil berat dan serius oleh semua Pemimpin tertinggi....

SALAM TAHNIAH



Salam Tahniah daripada Ketua & Ahli Jawatankuasa serta seluruh kepimpinan cawangan Pergerkana Puteri UMNO Bahagian Indera Mahkota kepada YB Datuk Rosnah Hj Abd Rashid Shirlin & Shahanim Mohamad Yusof serta Exco-exco yang telah berjaya menerajui saf kepimpinan Puteri. Doa kami semoga kegemilangan Pergerakan Puteri akan kembali dan terus menggemilangkan UMNO dan Malaysia.

INFO SEJARAH

SEJARAH PENUBUHAN PUTERI UMNO

Penubuhan Putri UMNO dipersetujui secara prinsip oleh Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti pada 10 Julai 2000 bertujuan untuk menarik lebih ramai golongan wanita muda menyertai UMNO. Bagaimanapun tarikh 16 Oktober 2000 mencatat satu lagi sejarah bagi UMNO kerana Majlis Kerja Tertinggi bersetuju secara rasmi menubuhkan Puteri UMNO – satu lagi gerakan penting dalam parti.
Cadangan penubuhan Puteri UMNO ini diputuskan oleh Mesyuarat Khas Majlis Tertinggi (MT) UMNO pada Julai 2000. Majlis Tertinggi bersetuju secara prinsipnya menubuhkan Puteri UMNO bagi memenuhi keperluan golongan wanita muda yang berminat menyertai parti itu.
Pada 3 Ogos 2001 tercatat satu lagi sejarah dalam kamus parti UMNO apabila sayapnya, Puteri dilancarkan oleh YAB Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. Selepas berusia 55 tahun, akhirnya UMNO mengambil keputusan untuk ‘melahirkan’ seorang puteri bagi memantapkan barisan perjuangan yang sedia ada sejak 1946. Puteri UMNO yang diilhamkan sendiri oleh YAB Datul Seri Presiden UMNO, adalah pelengkap kepada Pergerakan Pemuda dan Pergerakan Wanita UMNO yang sedia ada.
Justeru, pada 9 April 2001 hari Isnin, Puteri UMNO dengan rasminya diperkenalkan kepada umum. Bagi merealisasikan Puteri UMNO sebagai barisan yang mampu bertindak secara profesional dalam parti di kalangan wanita muda, YB Datuk Azalina telah dilantik menjadi Ketua Penaja Puteri UMNO. Bersama beliau juga dilantik beberapa barisan Exco yang mampu mendukung cita-cita parti mengekalkan kedaulatan Melayu.
Puteri UMNO dicadangkan kepada wanita Bumiputera yang berusia 18 hingga 40 tahun tetapi setelah dibahaskan di dalam MKT, had umur yang dipersetujui ialah 18 hingga 35 tahun. Oleh yang demikian, setiap wanita warganegara Malaysia berstatus Bumiputera berusia 18 hingga 35 tahun boleh menjadi ahli Puteri UMNO.

Visi
Memastikan setiap wanita Melayu muda berumur 18 – 35 tahun menyertai Puteri UMNO dan mempertingkatkan jati diri mereka demi kepentingan agama, bangsa dan negara.
Manifesto • Puteri UMNO sebagai landasan untuk wanita Melayu muda untuk melibatkan diri secara aktif di dalam politik • Puteri UMNO bertindak untuk mencungkil, memupuk dan menyerlahkan identity wanita Melayu muda tanpa diskriminasi. • Puteri UMNO sebagai identiti generasi wanita Melayu muda yang cemerlang • Puteri UMNO sebagai gelanggang untuk mencungkil dan menggilap potensi kepimpinan wanita Melayu muda • Untuk menerapkan nilai-nilai positif sejagat dan meningkatkan kebolehan, keyakinan dan jati diri seseorang wanita • Bertindak sebagai ‘check and balance’ / pemantau di dalam UMNO dan masyarakat • Berperanan untuk membantu UMNO di dalam semua pilihanraya dan meneruskan ketuanan Melayu di Malaysia



Copyright © by Portal Puteri UMNO All Right Reserved.

SALAM UKHWAH

Assalamualaikum....salam ukhwah buat semua terutama Puteri-Puteri UMNO....Pergerakan Puteri UMNO Indera Mahkota merasakan sudah tibalah masanya Puteri berjuang bukan sahaja di medan realiti tetapi di medan maya...
Blog ini kami tulis khas untuk semua Puteri UMNO Indera Mahkota. Sebarang aktiviti dan maklumat kami akan muat turun di laman ini... kami mengalu-alukan sebarang komen dan luahan idea yang boleh membantu perjuangan kami...
Moga apa yang kita perjuangkan akan beroleh keberkatan dan dirahmati Allah. Ikhlaskan diri agar kita terus berjaya.